Kelas E-learning – Alphabetical Order dan Number Bingo

17 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk Alphabetical Order. Mereka dikehendaki untuk meletakkan abjad dalam susunan ABC yang betul dengan mengklik dan mengheret huruf-huruf yang telah berselerakan.

Pada sesi kedua pula peserta dikehendaki untuk membuka permainan bertajuk Number Bingo dimana mereka akan memilih julad nombor dan mencari nombor yang betul pada papan bingo berdasarkan sebutan nombor dalam Bahasa Inggeris. Perkataan bingo akan terpapar selepas peserta berjaya membuka kesemua grid samaada secara menegak atau melintang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali